Monday 5 December 2011

Salah Penggunaan Tatabahasa

A) Penggunaan ‘di’ dan ‘pada

Kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk menyatakan tempat
Contoh :

a.       Saya tinggal di Taman Merdeka, Melaka.
b.       Ah Ming meletakkan buku cerita itu di atas meja
Kata sendi nama ‘pada’ pula digunakan untuk menyatakan masa, orang dan benda
Contoh :

a.       Muthu tidak hadir ke sekolah pada hari Jumaat yang lalu.
b.       Buku cerita saya ada pada Siti.
c.       Emak menyapu ubat pada luka kaki adik
B)  Penggunaan ‘ke’ dan ‘kepada

Kata sendi nama ‘ke’ digunakan untuk menyatakan tempat dan masa.
Contoh :

a.       Semalam, kami sekeluarga pergi ke Kuala Lumpur.
b.       Lee Hua membuangkan sampah ke dalam tong sampah
c.       Mesyuarat Persatuan Sains telah ditangguh ke minggu depan
Kata sendi nama ‘kepada’ pula digunakan untuk menyatakan orang.

Contoh :

a.       Kerry menulis surat kepada abangnya.
b.       Emak membayar harga barang-barang kepada pekedai itu

No comments:

Post a Comment